KUALA LUMPUR – Nama dua pensyarah sebuah universiti tempatan di Lembah Klang telah diheret dalam blog pornografi seorang bekas pelajar yang hanya mahu dikenali sebagai Anna. Anna melabelkan mereka sebagai sugar daddynya.
Nama kedua-dua pensyarah dari universiti yang sama itu disebut dalam butiran peribadi blog Anna, 27, seorang wanita kelahiran Pantai Timur yang dilabelkan sebagai ‘Sufiah Malaysia‘.
Gayanya mempromosikan diri menggunakan Internet itu menyamai apa yang dilakukan oleh Sufiah Yusuff, pelajar pintar Matematik di Britain yang berdarah campuran Melayu-Pakistan.
Kosmo! berjaya mengesan seorang daripada pensyarah itu yang mengakui hubungannya dengan Anna agak rapat tetapi bukan sebagai sugar daddy.
“Saya menjadi penyelia dia sewaktu dia mengikuti pengajian ijazah sarjana,” katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.
Namun persoalan sama ada blog itu dibuat oleh wanita itu sendiri atau diwujudkan oleh pihak ketiga yang sengaja mensabotaj mangsa masih menjadi tanda tanya.
l
Lagi berita anjut mengenai anna di sini..
RSS Feed
Twitter
Posted in
Tags: 


pulak dah.. dh macam kat us dh nih.. adess…
[...] posts:Sufiah Malaysia – Pensyarah Sugar Daddy AnnaTMNET or [...]