Archive for the ‘Local News’ Category

Piala Dunia 2010: Brazil tewaskan Ivory Coast 3-1

JOHANNESBURG 21 Jun – Brazil menunjukkan wajah sebenarnya di pentas Piala Dunia apabila menewaskan Ivory Coast 3-1 dengan dua jaringan disempurnakan oleh Luis Fabiano bagi mengukuhkan cengkaman untuk melayakkan diri ke pusingan 16 pasukan.

Mahkamah Tinggi kekal keputusan denda Tian Chua

KUALA LUMPUR 21 Jun – Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini mengekalkan keputusan hukuman denda RM2 ribu atau penjara dua bulan terhadap Ahli Parlimen Batu, Tian Chua yang didapati bersalah mencederakan anggota polis dua tahun lalu.

Masyarakat Islam dunia bersatu bentuk MBE – PM

KUALA LUMPUR 21 Jun – Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menggesa masyarakat Islam seluruh dunia bersatu membentuk Model Baru Ekonomi (MBE) supaya pengukuhan sektor ekonomi di kalangan dunia Islam berjaya dipertingkatkan.

Akta Akuan Bersumpah 1960 akan dipinda

KUALA LUMPUR 21 Jun – Pesuruhjaya Sumpah (CO) akan dikehendaki menjadikan libel pada Akuan Bersumpah (SD) yang disediakan oleh deponen bagi memastikan mereka menyedari dan mengetahui kandungan akuan itu sebelum memperakui dokumen berkenaan.

Kes cerai Anne Ngasri dibicara secara tertutup

KUALA LUMPUR 21 Jun – Perbicaraan kes pengesahan lafaz cerai pasangan Sehati Berdansa, Anne Ngasri dan Abdul Wafi Hassan akan berjalan secara tertutup di kamar hakim di Mahkamah Rendah Syariah di sini pada pukul 12.30 tengah hari ini.

Pengesahan cerai Anne Ngasri, Abdul Wafi diputuskan 25 Jun

KUALA LUMPUR 21 Jun – Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur hari ini menetapkan 25 Jun ini bagi membuat keputusan mengenai pengesahan lafaz cerai pasangan Sehati Berdansa, Anne Ngasri dan Abdul Wafi Hassan.

Mayat bapa lemas selamatkan ahli keluarga ditemui

TUARAN 21 Jun – Jefitin James, 48, yang dikhuatiri lemas ketika menyelamatkan dua anak dan seorang anak saudaranya di Pantai Dalit dekat sini semalam, ditemui mati lemas pagi ini.

Polis tahan lima bookie babitkan pertaruhan RM6 juta

JOHOR BAHRU 21 Jun – Polis menahan lima lelaki dipercayai menjalankan perjudian bola sepak Piala Dunia 2010 membabitkan pertaruhan RM6 juta.

Kes samun, ragut: Polis Melaka tumpaskan Geng Tony

MELAKA 21 Jun – Polis negeri ini menumpaskan sebuah kumpulan dikenali sebagai Geng Tony yang aktif menjalankan kegiatan samun, ragut dan pecah tokong di Melaka, Negeri Sembilan dan Johor sejak Oktober lalu.

Nilai aset Felda meningkat RM6.2b menjadi RM15.4b

KUALA LUMPUR 21 Jun – Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan berkata, nilai aset semasa dan tetap Felda antara 2004 hingga 2009 meningkat RM6.2 bilion, walaupun rizab tunainya menurun RM2.73 bilion dalam tempoh yang sama.

Related Posts with Thumbnails