Archive for the ‘Local News’ Category

KWSP catat pendapatan pelaburan tinggi RM5.55 bilion

KUALA LUMPUR 21 Jun – Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mencatatkan pendapatan pelaburan sebanyak RM5.55 bilion bagi suku pertama tahun ini di tengah-tengah keadaan pasaran yang kukuh.

Choo Keong persoal pendirian Pas berhubung lesen judi

KUALA LUMPUR 21 Jun – Ahli Parlimen (MP) Bebas dari Wangsa Waju, Wee Choo Keong mempersoalkan pendirian wakil rakyat Pas menentang perlesenan pertaruhan sukan oleh kerajaan Persekutuan sedangkan kerajaan Kelantan pimpinan parti itu terus membenarkan penjualan arak kepada bukan Islam.

Ketulan dipercayai janin ditemui dalam mangkuk tandas

PELABUHAN KLANG 21 Jun – Satu ketulan darah sebesar tapak tangan yang dipercayai janin ditemui di dalam mangkuk tandas di sebuah stesen minyak di Pendamar Indah 2 di sini pagi tadi.

Mansuh UPSR & PMR: Pandangan guru, ibu bapa dikaji

KUALA LUMPUR 21 Jun – Pandangan guru dan ibu bapa akan dikaji terlebih dahulu sebelum peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Penilaian Menengah Rendah (PMR) dimansuhkan, kata Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd. Dom.

Kes culik anak ahli politik Nigeria didalangi warga sendiri

SHAH ALAM 21 Jun – Satu sindiket penculikan yang didalangi warga Nigeria yang dipercayai terbabit dalam kes penculikan seorang anak ahli politik di negara berkenaan ditumpaskan semalam.

PKR mungkin lakukan rombakan kepemimpinan – Saifuddin

KUALA LUMPUR 21 Jun – Parti Keadilan Rakyat (PKR) dijangka membuat beberapa perubahan pada barisan kepemimpinannya dalam satu rombakan yang mungkin diumumkan hujung minggu ini.

Undian di Dewan Rakyat tentukan status Tian Chua

KUALA LUMPUR 21 Jun – Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia berkata, Tian Chua masih lagi Ahli Parlimen (MP) Batu sehingga adanya usul dibentangkan di dewan dan undian dijalankan untuk menentukan statusnya.

Portugal belasah Kore Utara 7-0

CAPE TOWN — Portugal menghidupkan kempen Piala Dunia 2010 selepas membelasah Korea Utara dalam perlawanan Kumpulan G, sekali gus menyingkirkan pasukan Asia itu dari kejohanan tersebut.

Chile kalahkan Switzerland 1-0

PORT ELIZABETH, 21 Jun — Pemain gantian, Mark Gonzalez menanduk gol tunggal pada minit ke-75 bagi membolehkan mereka mencatatkan kemenangan ke atas Chile 1-0 menentang Switzerland yang beraksi dengan 10 pemain dalam perlawanan Kumpulan H Piala Dunia 2010.

26 mati dalam serangan pengebom berani mati di Baghdad

BAGHDAD 21 Jun – Seramai 26 orang terbunuh manakala 53 yang lain cedera apabila pengebom berani mati memandu dan meletupkan diri dalam dua buah kereta di kawasan yang padat di ibu kota Baghdad semalam.

Related Posts with Thumbnails